Home »
» Veteran tentera terima RM1,000 Januari
Veteran tentera terima RM1,000 Januari
Written By Aemierulrizaki Rambli on Thursday, December 6, 2012 | 3:38 AM
25 November 2012
KUALA LUMPUR - Bayaran Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2013 akan mula dibayar pada Januari tahun depan.
Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV) meminta semua 234,500 bekas tentera tidak berpencen mengisi borang SVTB1M yang diedar sejak 1 Nov lepas.
"Borang tersebut perlu dikembalikan bersama-sama dokumen yang diperlukan ke mana-mana pejabat JHEV atau Pusat Sehenti sebelum atau pada 30 Nov ini untuk diproses," kata jurucakap JHEV dalam satu kenyataan hari ini.
Borang itu sudah diedar ke pejabat JHEV di seluruh negara dan 82 Pusat Sehenti milik tentera secara percuma dan veteran yang layak termasuk bekas anggota ATM, angkatan sukarela di bawah ATM, Force 136, bekas tentera British dan Sarawak Rangers.
Pemberian SVTB1M yang berjumlah RM1,000 merupakan penghargaan kerajaan di atas pengorbanan dan perkhidmatan veteran tentera tidak berpencen dalam mempertahankan negara ini.



0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !